Dewasa Yang Berat


Semakin dewasa, semakin sedar
kalau menjaga diri dalam ketaatan pada Allah itu sukarnya bukan kepalang.
Sering menyesal atas dosa yang pernah dilakukan, 
tapi jarang pula behenti melakukannya lagi dan lagi.
Dari situ, aku fahami bahawa manusia begitu lemah hati dan imannya.

Namun, seberapa jauh pun aku pergi, 
Allah tidak pernah meninggalkan aku.
Dengan kuasa dari tanda-tandaNya
Allah selalu memintaku untuk pulang dan bertaubat padaNya.
Dari situ juga aku mengambil makna bahawa
Aku tidak boleh begitu jauh dari pencipta aku. 

-AA-

Comments