Kerana ingatan adalah belantara yang tidak berhujung. Tempat semua orang boleh mengenang. Tempat segala rahsia masa lalu dibenamkan. Sesuatu yang mampu datang pada bila-bila masa sahaja, yang sekadar menyapa hanya untuk mengingatkan kita.
Ingatan itu ibarat ruang persegi yang berbeza ukuran. Ia adalah rumah bagi segenap rahsia yang enggan diperdengarkan atau barangkali ia adalah tempat dimana semua kata tidak diutarakan kerana takut tidak di dengar.
Tidak ada yang benar-benar tahu tentang bertapa bisingnya ruangan itu. Tempat segala ucapan orang lain tersimpan dalam satu waktu. Tempat dimana keraguan boleh datang tanpa tahu kata tunggu. Tempat segala rencana kerap dipatahkan, juga kebimbangan yang memaksa untuk di bisukan.
Pada belantara yang tidak berkesudahan ini, kita seringkali menyedari banyak hal. Selepas banyak pertemuan, kita pun menjadi tahu siapa yang memiliki tatapan hangat untuk hidup kita. Juga tidak sedikit penerimaan terhadap semua perkara yang telah dipalsukan.
Pada padang gurun yang tidak berhujung ini kita juga mengetahui, ternyata hal-hal berharga seringkali dengan mudahnya diabaikan begitu saja. Hingga membuat kita lambat dalam menyadari tentang keberadaannya.
-Aishah Anwar-
Comments
Post a Comment